Thursday, August 1, 2013

Dihadapan Batu Nisanmu.. MamaAyah..

Assalamualaikum.. salam sayang.. salam satu Malaysia..

dah hampir dua bulan aku duduk rumah lepas Grad nie.. menunggu KKM panggil bekerja.. alangkah tak sabarnye rasa.. hihi.. Btw, dah lama tak update blog..  almaklumlahh busy sikit.. so,hari ni nak habiskan masa di sini dgn menyonteng2 ape yang patut.. hihi..

taklama lagi dah nak raya, hmm..actually nie laa bulan yang paling menyedihkan buat aku tapi paling happy buat korang kan.. asal Syawal kembali mesty teringat kat arwah mama n ayah.. hmm.. rindu yang tak terkata.. kalau lahh boleh dipinjamkan masa walau hanya satu saat.. satu saat je, tak lebih..aku nak sgt jumpa mama n ayah.. peluk mereka.. cium tangan.. kaki mereka.. dah ingin aku bisikan pada mereka betapa aku merindui mereka.. RINDU !! Namun, alfatihah di setiap pengakhiran solat aku untuk arwah mama n ayah,tak pernah aku lupa.. kerana hanya itu saje penghubung kami..

Mama Ayah.. nak tahu tak, ain tak pernah lupa setiap kenangan kite.. semuanya manis2 n indah2 belaka.. Alhamdulillah.. Allah dah pinjamkan ain Seorang Mama n Seorang Ayah yang baik n penyayang.. kerana itu ain susah sgt nak lepaskan mama n ayah pergi.. ain syg mama n ayah sgt2.. Mama Ayah, ain nak mohon ampun atas semua dosa yang telah ain lakukan samada sengaja atau tak sengaja.. Ain sedih, sbb setiap pagi raya kite dah tak dapat nak sama2 , ain dah tak dapat nak cium tangan n pipi mama n ayah lagi dah.. x dapat nak bermaaf maafan..

Kalau dulu, salam salaman di pagi raya x pernah miss kan.. mase nie seronok sgt2.. lepas tuu kite makan juadah yang kite same2 buat malamnye.. tapi sekarang?? dah lain.. dah x de semua tu... Di hadapan batu nisan kami 4 beradik akan duduk membuka kitab yassin.. suasana pilu dan sedih.. kemudian kami menyirami kubur mama n ayah dan tak lupa kami taburkan bunga di atasnya.. air mata yang mencurah ke pipi di sapu.. Kami tau, mama n ayah sedang perhatikan kami.. dapat merasai kehadiran kamu..

Selesai membaca Yasiin, kaki terasa berat melangkah meninggalkan tanah perkuburan.. tak pe, mama n ayah jangan bimbang, kami anak2 mama n ayah akan sentiasa doakan mama n ayah di sana.. Semoga satu hari nanti kita dapat bertemu lagi ye..  Ya ALLAH, sungguh berat ujianmu ini Ya Allah.. di saat aku masih memerlukan mereka, masih belum cukup masa untuk bersama mereka.. KAU telah menjemput mereka dahulu..

Mama,Ayah.. ain rindu mama n ayah.. sesekali, datang lahh sekejap dalam mimpi ain ni.. nak jumpe kejap je.. tak lame.. ye?? Ain sayang mama n ayah.. syg sgt2.. :'(  mama, ayah.. halalkan makan dan minum ain ye.. ain mohon ampun, maafkan segala kesalahan ain selama nie..

kepada kawan2 yang membaca, harap sedekahkan lah Alfatihah untuk arwah mama n ayah saya.. dan doakan mereka di tempatkan dikalangan org yang beriman.. pada kawan2 yang masih ada parents tu, hargailah mereka.. sayangilah mereka.. jgn sia siakan mereka.. mereka adalah harta yang sgt bernilai..

Alfatihah untuk mama n ayah disana.. Love u.. Salam sayang dari anakmu.. AIN..




Saturday, March 9, 2013

DIMANA KAN KU CARI GANTI..


Assalamualaikum..w b t..

Di malam yang sepi ini..
terkenang kembali kenangan manis bersama arwah mama dan ayah..
YaALLAH.. rindunya hati ini.. YaALLAH.. bknnya aku tak redha dgn pemergian mama n ayah..
cuma terkadang aku merasa sgt2 kehilangan.. Rindu yang teramat sgt.. Rindunya hati ini pada mereka YAALLAH.. 

Seandainya diberi peluang untuk berjumpa dgn mama n ayah.. 
aku nak peluk cium mama n ayah erat2.. ingin aku katakan "ain syg mama n ayah sgt2.."
tak kan aku lepaskan mama n ayah buat kali kedua..
aku nk bahagiakan mama n ayah.. minta ampun kat mereka.. 
ampunkan segala kesalahan ain ye mama ayah..

Andai boleh di putar kembali masa lalu..
ingin sekali aku buat mama n ayah tersenyum..
aku tahu.. 
selama ni aku banyak buat salah ngan mama n ayah..
pernah buat mama n ayah sedih.. risau.. marah..
Tapi mama n ayah tak pernah benci aku.. 
baiknye mama n ayah..

mama ayah..
ain rindu kalian..
rindu sangat..
dah lama ain tak mimpi mama n ayah..
mama.. ayah...
ain sayang mama n ayah..

mama...
terima kasih sebab selama ni jaga ain..tak mengeluh melayan kerenah ain..
mama.. ain kat sini perlukan mama..
macam2 masalah kat sini mama..
ain rindu nak dgr suara mama.. rindu dgn tangan mama usap kepala ain..
mama.. balik laa.. ain rindu mama :'(

ayah..
terima kasih sebab selama ni tak pernah lelah cari rezeki untuk kami..
ayah lah ayah yang terbaik dalam dunia nie..
ain sayang ayah.. ain rindu ayah..
ain rindu nak gelak2 gurau2 dgn ayah..
ayah.. bila ayah nak dtg tengok ain??

mama ayah..
diorang kat sini tak faham perasaan ain..
diorang kata.. ain selalu minta simpati atas pemergian mama n ayah..
diorang cakap.. ain saje buat2 sedih cerita pasal mama n ayah..
untuk pengaruh orang..
sampai ati diorang.. ain x pernah bermaksud cam tu pun..
diorang tak faham ape yang ain rasa.. ape yang ain lalui..

mama ayah.. 
balik lahh !!! ain rindu.. :'( :'( :'(

Thursday, December 13, 2012

tips yang mudah meluruskan rambut..

Assalamualaikum..w.b.t..



hai kawan2.. ape khabar ??




lama x update blog.. huhu.. almaklumlahh busy sikit..




haa.. hari ni saya nak kongsikan sedikit tips meluruskan rambut.. hohoho..




pada yang bermasalah.. boleh laa ikut petua di bawah nie.. jom2.. !!



SUSU

Apa yang anda boleh lakukan ialah mengisi dalam 1/3 cawan susu. Anda perlu untuk mencuci rambut anda dan biarkan ia benar-benar kering. Dari situ, Meratakan susu ke rambut anda dan biarkan ia selama kira-kira 20 minit. Seterusnya, basuh dan perlahan-lahan sikat rambut anda sementara ia masih basah.


SANTAN

Kita semua telah tahu bahawa santan adalah berkhasiat untuk rambut. Anda boleh menggabungkan jus lemon ke dalam segelas santan kelapa dan kemudian biarkan sejuk. Anda akan perasan selepas beberapa ketika ia akan bertukar menjadi pes yang berkrim. Itu adalah tanda bahawa anda kini boleh menggunakan untuk rambut anda. Selepas menggunakannya, anda kini boleh meletakkan tuala panas di kepala anda. Selepas melumurkan bahan-bahan tadi di kepala anda untuk beberapa minit, anda kini boleh membilaskannya dengan syampu dan sementara masih basah, Menyikat rambut anda dengan lembut. Mengulangi ini selama 3 minggu dan anda akan lihat bagaimana rambut anda secara beransur-ansur lurus dan mendapat lebih berkilat dan lebih sihat.




SUSU DAN MADU




Susu dan madu boleh di gabungkan bersama-sama bukan sahaja untuk meluruskan rambut kita tetapi juga melindungi dari kerosakan yang lebih teruk dan memastikan ia sihat. Pertama sekali, susu tuang pada cawan dan tambah satu sudu teh madu ke dalamnya. Melumurkan pada rambut anda dan biarkan ia selama kira-kira dua jam. Kemudian, bilas dengan syampu dan pada masa ia masih basah, Menyikat rambut anda dengan lembut dan lihatlah sendiri hasilnya.



ok.. semoga tips yang diberikan bolehlah dimanfaatkan.. selamat mencuba ye.. ;)

by: azzinurainazimat :)

Wednesday, October 17, 2012

ELAUN JURURAWAT PELATIH KKM NAIK !!!!

ASSALAMUALAIKUM..WBT..

hai kawan2.. dah lame saya x update blog..

maklumlah busy sikit.. time praktikal nie ea..

haa.. !!!

btw.. saya nak bagitahu berita gembira pada kengkawan yang mengikuti kursus kejururawatan..

elaun kite naik pada tahun depan !!

alhamdulillah !!!!  

elaun jururawat pelatih dinaikkan antara 60 peratus dan 88 peratus. 

Boleh dikatakan satu kenaikan elaun yang agak mendadak… best wooo

tapi kenaikan elaun akan dilaksanakan  pada awal tahun 2013. (tahun hadapan)

Kalau sekarang ini, pelatih peringkat sijil hanya menikmati elaun RM517 sebulan..tahun depan kenaikan elaun yang mereka terima akan menjadi RM835 sebulan

pelatih peringkat diploma hanya menikmati elaun RM621.21 sebulan, tahun depan kenaikan elaun yang mereka terima akan menjadi RM1,166.58 sebulan ( penting !! kena highlightkan.. hahah !! )

thanks NAJIB !!!

tahniah pada saya dan kengkawan semua !!

tapi ingat !!

elaun naik.. kena berjimat cermat jugak ye kawan2..

jangan boros ye.. !!

lepas nie boleh tersenyum lebar lahh ea..

ok sampai disini saja..

babai.. Assalamualaikum !!

:)




Tuesday, October 2, 2012

DIALAH Sahabat.. DIALAH Musuh Dalam Selimut..

Assalamualaikum.. wbt..

hmm.. Sahabat dan  musuh dalam selimut..

Sedihnya kalau kita dapat sahabat macam ni.. 

Dialah SAHABAT tapi dalam masa yang sama menjadi MUSUH dalam selimut..

lepas nie  saya rasa serik nak berkawan dengan orang..

DIA yang kita percaya selama ini.. rupanya musuh yang sangat2 berbahaya..

kenapa saya cakap macam tuu.. ??

rupanya DIA adalah dalang yang menyebabkan pergaduhan antara saya dengan kawan yang lain.

DIA juga menabur fitnah tentang saya..

DIA juga yang memburuk-burukkan saya..  

orang mungkin lebih mempercayai DIA kerana DIA pandai menarik perhatian orang.. gayanya.. cara pemakaiannya.. airmata yang mudah mengalir.. 

sedih sangat2 nape dia sanggup buat saya macam ni. sedangkan selama ni apa yang dia nak saya turuti..

ermm.. saya nasihatkan pada semua supaya jangan mudah mempercayai seseorang..  

kadang2 mereka baik di depan kita, TAPI.. MASYAALLAH..

walauapepun, saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya sebelum ini..

mungkin ini ujian yang ALLAH berikan pada saya.. lepas ni kena beringat..

JANGAN MUDAH MEMPERCAYAI ORANG..

Allah tuu MAHA ADIL.. sekarang ni.. macam2 rahsia yang terbongkar tentang DIA..

terima kasih kerana sudi melukakan hati kawan awak nie..

saya pun x minta balasan apa2 pun dari awak..

walaupun duri yang awak beri pada saya.. x ape.. saya balas doa untuk awak..

semoga awak bahagia.. 

dan nasihat saya..

JANGAN LUKAKAN HATI KAWAN-KAWAN AWAK LAGI..

sebab sakit sangat rasanya.. SAKITT !!..



p/s: dalam hidup ni penuh dengan ujian.. tanpa ujian.. bukan kehidupan namanya.. ALLAH 

sentiasa ada untuk kita meminta dan berdoa padanya.. :'(














Thursday, September 20, 2012

INDAHNYA JADI WANITA SOLEHAH


1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.




Sunday, September 16, 2012

Rindu BeLLa n CeTokiN...

Assalamualaikum w.b.t..

hai korang :)

hmm.. kite rindu ngan kucing kite laa.. :(

bile laa dapat balik N.Sembilan ni.. Rindu nak peluk, cium, men kejar2... waa!! :'(

nak balik.. nak balik.. nak balik !!!

pape pown.. meh sini nak share pic BELLA n CETOKIN.. 



Cetokin


Bella si Ayu Jelita


 bermanja2..











 bella n cetokin dating <3










posted by azzinurainazimat...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...