Tuesday, February 28, 2012

Teringat kembali...

arwah ‎mama pernah kata, setiap malam sebelum tidur..
arwah ayah akan cakap dengan mama yang ayah maafkan semua kesalahan kita adik-beradik..
dan ayah kata kita buat salah sebab ayah salah juga...
murni sungguh hati ayah.. selama ini kita x tau pon..
ayah sudah banyak berkorban demi kita..


pesanan..


jangan hampakan hati kedua orang tua kita..
kalau kita ada buat kesalahan dgn mereka..
segera lah minta maaf..

Saturday, February 25, 2012

tunggu saya di pintu syurga.. insyaALLAH

walaupun dirimu hilang di pandangan.. 
walaupun diriku tidak lagi dapat menatap wajahmu.. 
walaupun diriku tidak lagi merasa sentuhan dan belaianmu..

aku redha..
Allah lebih sayangkan kamu.,mama.. ayah..
walaupun hilang di pandangan.. namun.. dihati sentiasa terukir wajahmu..
bibir sentiasa mendoakan mu..

aku berdoa..
semoga dirimu aman dan tenang di sana..
andai dirimu sunyi di sana.. doaku sentiasa menemanimu..
itu janji aku..

disaat aku merinduimu.. 
hanya doa dan linangan airmata menjadi mngubat rinduku..

al-fatihah 

Haji Azimat bin Haji Ahmad..
Hajah Norasiah bt Baharudin

Sunday, February 12, 2012

YaAllah.. rindunya hati ini...

Mama.. Ayah..

malam ini, x tahu kenapa x dapat tidur.. asyik teringat mama ngan ayah je.. puas daa try lelapkan mata ni.. tapi x boleh juga.. malam ni airmata singgah lagi ke pipi.. ampunkan anakmu mama ayah.. x mampu nak tahan kesedihan ini lagi.. hati ini x mampu lagi bertahan.. memang di mata orang di luar sana, tengok ain ni biasa boleh gelak2.. tapi sebenarnya hati ni sedih.. melawan keperitan dan kesedihan ini dengan senyuman dan ketawa.. mama, ayah.. ain x nak mama n ayah terseksa di sana.. ampunkan ain mama, ayah.. ain rasa rindu sangat.. kalau boleh ain x nak jatuh setitik air mata pun.. tapi.. ain gagal.. maafkan anakmu ini.. kalau Allah bagi ain peluang tok jumpa mama n ayah.. ain nak peluk mama n ayah kuat2.. x nak lepas da.. x nak mama n ayah pergi lagi.. 

mama ayah.. datang laa sini.. hmmm :'( ain rindu mama ngan ayah.. nape mama ayah pergi..balik laa sini.. hmm.. BALIKLAHH !!!

:'(

Wednesday, February 8, 2012

KISAH SEDIH SEORANG IBU



Ini kisah sedih seorang ibu.
 Takkan ada seseorang
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini.

Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!
PESANAN : HARGAILAH IBUMU SEBELUM TERLAMBAT
Wassalam...

Saturday, February 4, 2012

kucing kesayangan saya :'(

Ini kucing kesayangan ain.. dah jaga die hampir 4 tahun.. nama die upin.. arwah mama yang bagi nama 2.. tapi sekarang upin da mati.. erm.. sedih sangat.. sebab masa 2 ain x de ngan upin.. angah n adik yang tanam upin.. 




kat bawah nie gambar2 upin yang da mati.. sebab die jatuh dari almari baju.. jatuh tersembam gaknye.. x sanggup tgk gambar upin.. x sangka die da x de.. hurm..









lepas nie x dapat main ngan upin dah...rindu sangat ngan upin.. ermm.. sedih :'(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...