Sunday, September 16, 2012

K.A.W.A.N vs S.A.H.A.B.A.T

Assalamualaikum w.b.t..
hai korang ! :)

hari ini nak story cerita sikit tentang KAWAN vs SAHABAT..

KAWAN ??
bagi saya kawan adalah orang yang datang dan pergi dalam hidup seseorang.. bila kita ketawa gembira, mereka akan datang untuk meraikan kegembiraan bersama kita
tapi
bila kita sedih mahupun terluka
KAWAN hanya datang bertanya khabar sahaja lepas tuu berlari meninggalkan kita keseorangan.

SAHABAT ??
sahabat pula adalah teman sehidup semati yang sanggup bersusah payah 
mengharungi onak dan duri.. 
SAHABAT adalah seseorang yang sangat-sangat memahami yang tidak hanya muncul disaat kita gembira..
 malah ketika kita berduka, mereka sentiasa ada untuk kita.. lapkan airmata kita ketika kita bersedih..
bagi saya. nilai seorang sahabat adalah bersamaan dengan 10000 orang KAWAN


 tak semua kawan boleh jadi RAKAN
tak semua rakan boleh jadi TEMAN
tak semua teman boleh jadi SAHABAT


apa yang penting dalam persahabatan kita perlu ada sifat jujur  dan ikhlas dalam satu perhubungan..
sahabat yang baik tidak akan ada sifat cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh sahabatnya...
sahabat yang baik akan menyimpan rahsia yang di amanahkan kepadanya.. 

Tanya pada diri..
ADAKAH SAYA TERGOLONG KATEGORI SAHABAT ATAU KAWAN ???


pesanan : sayangi sahabat dan kawan anda :) peace 
posted by azzinurainazimat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...