Thursday, December 29, 2011

Aidilfitri...jgn tiba lagi ='(

Aidilfitri 2010..
~tahun 2010 merupakan tahun kesedihan buat kami sekeluarga.. teringat masa sambut raya tahun tu..first time raya tanpa ayah kesayangan.. sedih sangat tengok mama hari-hari bercakap tentang ayah.. nak-nak lagi masa bulan puasa.. selalu tgk mata mama bengkak sebab menangis rindukan ayah di akhir solatnya.. kami adik-beradik dan mama selalu solat berjemaah bersama2 dan setelah selesai solat dituruti  membaca yassin bersama.. selalunya adik(Azim Aqmal) yang akan imam kan kami.. kerana dia laa satu-satunya lelaki dalam keluarga kami.. teringat masa berbuka puasa terakhir.. masa tu ain dengan angah (Azzi Naddia) da cuti sebab esok nak raya dah.. malam tu kami makan dengan penuh selera.. namun, ea terhenti seketika.. ='( di saat kedengaran suara takbir di kaca televisyen.. mama sebak menekup muka lalu berhenti menjamah makanannya.. kami adik- beradik turut berhenti sama..turut sebak melihat mama.. sedih sangat suasana masa tu.. ain tau mama pasti teringat kn ayah kan.. hurm.. mama terlalu rindukan ayah.. hampir setiap hari di bibirnya tidak pernah lekang menyebut dan bercerita tentang ayah.. pagi raya itu, kami bermaafan.. pagi itu terasa janggal sebab ketiadaan ayah bersama kami... sangat2 sebak..selepas solat raya.. dalm hujan renyai kami sekeluarga menuju ke kubur arwah ayah..dengan linangan air mata membasahi pipi, digagahi juga membaca surah yassin sehingga ke penghujungnya walaupun hujan semakin lebat.. semoga arwah ayah berada di kalangan org2 yang beriman.. amin.

Aidilfitri 2011..
~ setelah 10 bulan ayah meninggalkan kami..kini arwah mama pula menyusul.. kehilangan ayah ibarat hilangnya tulang belakang kami..kini hilangnya mama ibarat gelap seluruh bumi ini.. sukar untuk kami menerimanya..tahun ini ibarat tiada lagi seri pada keluarga kami.. semua perlu dilakukan sendiri..kami perlu belajar hidup berdikari tanpa mama dan ayah di sisi.. pagi raya itu kami bersiap seperti biasa.. sangat sayu pagi itu.. kalau dulu berebut-rebut nak salam mama dan ayah.. menunggu duit raya.. pagi itu tidak lagi.. pagi yang penuh syahdu itu, kami bersalaman sesama adik-beradik memohon kemaafan.. sebak di dada menahan kepiluan.. air mata mencurah2 di pipi.. setelah itu, menuju ke kubur arwah mama dan ayah... membaca yassin..

mama ayah..maafkan ain tau..ain tau, banyak buat salah dengan mama dengan ayah.. hurm.. ain nie bukan anak yang baik.. kalau boleh ain nak jaga mama dan ayah sampai ain tua nanti..tapi x de rezeki.. hurm.. insyaALLAH kita berjumpa di akhirat kelak.. pape pown..ain nak cakap yang ain rindu mama sangat2!! ='(

1 comment:

  1. semoga rohnya bersamma org2 yang soleh dan solehah..amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...